
- JBS Sarawak
- Hits: 66
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA MENCERIAKAN LEBARAN BAGI MEREKA YANG MEMERLUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 – “HULURKAN TANGAN RINGGANKAN BEBAN”
Minggu lalu telah berlangsungnya satu majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang bertempat di Jannatul Firdaus Limbang. Majlis yang disempurnahkan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Primier Sarawak ini merangkumi Sumbangan kepada pegawai Masjid, Ibu Tunggal, Orang Kurang upaya serta anak yatim di sekitar bahagian Limbang. Turut hadir, Wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Zaini bin Abd Talib.
Objektif program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka memandangkan sambutan Aidil Fitri yang akan menjelma tidak lama lagi. Dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga menjelang hari lebaran yang akan disambut kelak. Langkah ini juga diharapkan dapat mengilhamkan yang lain untuk turut serta dalam usaha meringankan bebanan orang lain, khususnya dalam situasi yang mencabar.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang