
- JBS Sarawak
- Hits: 59
ANAK LIMBANG TURUT MENYERLAH DI PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 – Jabatan Belia dan SUkan Negeri Sarawak menerusi unit Rakan Muda telah menganjurkan satu program peringkat negeri yang dinamakan Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijjrah yang berlangsung di Komplek Islam Sarawak Majma, Kuching pada minggu lalu.
Wakil Limbang untuk pertandingan hafazan iaitu Abang Muhammad Iman bin Abang Aien, dan Nur Aina Maisarah Binti Usop. Masing-masing telah menunjukan potensi yang sangat memberangsangkan dan menjadi pencabar bagi peserta yang lain didalam pertandingan kali ini. Program satu hari ini bertujuan untuk menarik minat belia bagi menghidupkan bulan mulia iaitu bulan Ramadan al-mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian disamping untuk membudayakan amalan Sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
Program Ini dirasmikan oleh Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Beliau berkata, program seperti ini haruslah diteruskan kerana memberi impak yang sangat positive kepada golongan belia. Puan Aimy Alisha Charli dan Encik Mohd Hafizul Helmi dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir membantu dan menjayakan Program Tersebut. Semoga usaha ini dapat dijadikan platform untuk melahirkan belia yang mencintai Agama, Bangsa dan Negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang