
- JBS Sarawak
- Hits: 75
MAJLIS IFTAR BERSAMA KELAB AEROBIK GENERASI CERGAS LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 75
LIMBANG, 28 MAC 2025 – Kelab Aerobik Generasi Cergas Limbang yang diterajui oleh Kaunselor Daniel Taha telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa pada 22 Mac 2025 bertempat di Stesen Udang Galah Pabahanan (SUGP) Limbang.
Majlis tersebut dianjurkan bagi merapatkan lagi silaturrahim di kalangan para penggiat kecergasan dan juga Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang). Encik Rynnille Elsther Peter dan Encik Zaini Bin Abd Talib telah hadir menyantuni jemputan ke majlis tersebut mewakili PBSB Limbang.
Mengambil peluang di majlis tersebut, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan tentang aktiviti dan perancangan kerjasama bagi melaksanakan program kecergasan sepanjang tahun 2025. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan memberikan impak positif terhadap pelaksanaan aktiviti kecergasan khususnya di Bahagian Limbang.#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang