
- JBS Sarawak
- Hits: 79
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 79
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 – “marhaban ya Ramadan” Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menerusi unit Rakan Muda telah menganjurkan satu program yang dinamakan Rakan Muda Ramadan bagi tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijjrah yang berlangsung di Sekolah Menengan Kebangsaan Agama Limbang pada minggu lalu.
Program satu hari ini bertujuan untuk menarik minat belia bagi menghidupkan bulan mulia iaitu bulan Ramadan al-mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian disamping untuk membudayakan amalan Sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sempena Rakan Muda Ramadan kali ini ialah Pertandingan Hafazan bagi Lelaki dan Wanita, pertandingan Azan, Tadarus Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih yang melibatkan lebih 200 orang pelajar SMK Agama Limbang.
Program Ini dirasmikan oleh Cikgu Rusli Bin Che Mood, Pengetua SMK Agama Limbang. Beliau berkata, program seperti ini haruslah diteruskan kerana memberi impak yang sangat positive kepada golongan belia. Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir membantu dan menjayakan Program Tersebut. Semoga usaha ini dapat dijadikan platform untuk melahirkan belia yang mencintai Agama, Bangsa dan Negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang