
- JBS Sarawak
- Hits: 98
PENDAFTARAN KELAB SUKAN DIBAWAH PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA OLEH KELAB BOLA SEPAK KARABAO
- JBS Sarawak
- Hits: 98
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 –Kelab Bolasepak Karabao telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi mendaftarkan kelab sukan mereka bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini merupakan bukti bahawa bertapa aktifnya belia yang berada di Bahagian Limbang dan mereka juga berhasrat untuk menjalankan liga bola sepak sosial di Bahagian Limbang.
Presiden Kelab Bola Sepak Karabao, Ibrahim Bin Saling bersama Setiausaha Ridzuan Bin Faizul hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi mendaftarkan kelab mereka yang dibantu oleh Encik Zaini Abd Talib Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Encik Zaini telah membantu didalam proses pendaftaran kelab didalam Web EROSA.
Sementara itu, antara perkara yang turut ditekankan adalah perancangan program dan halatuju kelab bagi tujuan yang lebih baik. Pihak PBSB Limbang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berharap agar kelab tersebut akan diuruskan dengan sebaiknya. Semoga dengan itu, dapat memeriahkan serta memartabatkan lagi arena sukan bola sepak khususnya di Bahagian Limbang
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang