
- JBS Sarawak
- Hits: 93
MESYUARAT JAWATANKUASA PERLARASAN DAN PEMANTAUAN SOSIAL BAHAGIAN (JPPSB) LIMBANG BIL.1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 93
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 - Satu mesyuarat Jawatankuasa perlarasan dan pemantauan social Bahagian (JPPSB) Bil.1/2024 telah diadakan pada 11 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Pejabat Residen Bahagian Limbang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Unus Bin Tambi, Residen Bahagian Limbang.
Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) ke mesyuarat tersebut adalah Encik Zaini bin Abd Talib. Antara agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah Laporan ringkasan Program pembangunan dan Intervensi Sosial Bahagian Limbang Tahun 2024 & cadangan Program Pembangunan dan Intervensi social Bahagian Limbang Tahun 2025.
Di akhir mesyuarat, pengerusi menyeru kepada semua yang hadir supaya memberikan kerjasama yang padu kepada Agensi- Agensi yang terlibat agar pelaksanaan Program di Bahagian Limbang dapat dilaksanakan dengan lancar. #TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang