
- JBS Sarawak
- Hits: 56
TRUSAN FOOTBALL CLUB TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENONJOL DI BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 56
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 – “Meluntur buluh biarlah dari rebungnya” itu lah sorakkan semangat bagi Kelab Bolasepak Trusan yang hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mendaftarkan kelab sukan mereka bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini merupakan bukti bahawa bertapa aktifnya belia yang berada di Bahagian Limbang dan mereka juga berhasrat untuk memulakan akedemi bola sepak diperingkat umur belasan tahun hingga lah ke peringkat belia.
President Kelab Sukaini bin Abd Rahman bersama Setiausaha Ismawe Bin Samah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi mendaftarkan kelab mereka yang dibantu oleh Encik Zaini Abd Talib Pegawai Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Encik Zaini telah membantu didalam proses pendaftaran kelab didalam Web EROSA.
Pihak PBSB Limbang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berharap agar kelab tersebut akan diuruskan dengan sebaiknya. Semoga dengan itu, dapat memeriahkan serta memartabatkan lagi arena sukan khususnya di Bahagian Limbang
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang