
- JBS Sarawak
- Hits: 73
MESYUARAT PROGRAM RAMADHAN MAKSAK BERSAMA AGENSI BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 MAC 2025 – “HULURKAN TANGAN RINGGANKAN BEBAN”
Satu Mesyuarat MAKSAK Wanita Bahagian Limbang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat PPWS Daerah Limbang. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Puan Aimy Alisha Charlie, Penolong Setiausaha MAKSAK Wanita Limbang dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa tertinggi MAKSAK WANITA.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan program yang akan dilangsungkan sempena bulan mulia Ramadhan 1445H/2025M. Program yang akan dijalankan iaitu berkongsi rezeki kepada golongan warga emas serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan memandangkan sambutan Aidil Fitri yang akan menjelma tidak lama lagi. Dengan adanya Program seperti ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga menjelang hari lebaran yang akan disambut kelak. Langkah ini juga diharapkan dapat mengilhamkan yang lain untuk turut serta dalam usaha meringankan bebanan orang lain, khususnya dalam situasi yang mencabar.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang akan terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang