NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN TAHUN 2025

NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN TAHUN 2025

Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU, 21 MAC 2025 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sibu telah mengadakan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan tahun 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Naziran telah diadakan pada 20 Mac 2025 sehingga 21 Mac 2025 dan telah diketuai oleh Encik Mohd Irfan Aiman bin Shafiee bersama dengan 5 orang pegawai (JAN) . Tujuan Naziran adalah untuk menyemak kepatuhan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS), pekeliling dan tatacara berkuatkuasa serta memastikan setiap pembayaran yang dibuat adalah tepat dan betul. Disamping itu juga naziran bertujuan untuk memberi khidmat nasihat serta panduan mengenai pengurusan Aset/ Liabiliti/Ekuiti/Hasil/Belanja. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sibu atas segala teguran membina untuk kami memperbaiki setiap kelemahan yang tidak disengajakan.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 08:22:46

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search