
- JBS Sarawak
- Hits: 64
MESYUARAT PERSEDIAAN MAJLIS BERLANGGAR MEJA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 19 MAC 2025 – Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK ) Bahagian Sibu telah merancang untuk melaksanakan Majlis Berlanggar Meja sempena Sambutan Aidilfitri 2025. Majlis berlanggar meja merupakan tradisi sewaktu menyambut aidilfitri di Sarawak bertujuan untuk mempromosi perpaduan dan kerjasama di antara penduduk tempatan, selain memaparkan kekayaan budaya dan tradisi tempatan terutamanya juadah makanan.Mesyuarat persediaan majlis telah di pengerusikan oleh Haji Abang Mohmad Porkan bin Haji Abang Budiman, Residen Bahagian Sibu. Manakala Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu akan berganding bahu bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bahagian Sibu untuk menyediakan menu seperti undian semasa mesyuarat berlangsung. Pelbagai acara telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut yang akan diadakan pada 11 April 2025 di kediaman Residen Bahagian Sibu.. Diiharapkan agar objektif majlis ini untuk memperkukuhkan semangat kekitaan One Team SCS dan silaturrahim dalam kalangan penjawat awam Sarawak dan Persekutuan khususnya orang Sibu ini akan tercapai.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS