
- JBS Sarawak
- Hits: 64
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN ( HAFAZAN) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan Oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 10 MAC 2025 – Puan Morni Binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah ke konti Sibu FM pada jam 11.15 pagi dalam slot Jom Borak Sibu FM bersama DJ Iskandar bin Joni, untuk menyampaikan info berkaitan Program Rakan Muda Ramadan (Hafazan) yang akan dilaksanakan pada 15 Mac 2025 bertempat di Masjid Al-Qadim, Sibu. Program ini merupakan progran kerjasama dengan Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan yang turut hadir sama di konti iaitu Encik Ricky Anak Enteri selalu pengerusi kelab tersebut.
Sehubungan dengan itu belia- belia yang berumur 13-18 tahun dipelawa untuk menyertai pertandingan tersebut yang mempunyai 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita . Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan kepada pihak RTM Sibu yang sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pihak kami untuk menyampaikan maklumat dan info semasa untuk dihebahkan kepada masyarakat .
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS