- JBS Sarawak
- Hits: 88
PERSIAPAN UNTUK AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI, MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 25 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri tidak melepaskan peluang untuk merasai kemeriahan aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Setiap kali perayaan pejabat akan membuat dekorasi sebagai salah satu tanda meraikan perayaan yang bakal tiba. Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum aidilfitri, kakitangan PBSB Miri teruja menghiasi pejabat dengan dekorasi yang sinonim dengan aidilftri sebagai contohnya, ketupat, pelita, dan hiasan lampu.
Hari Raya Aidilftri ini bukan sahaja diraikan oleh umat islam, bahkan diraikan oleh masyarakat yang beragama lain juga. Ini ialah salah satu petanda keharmonian tanpa mengira kaum dang bangsa. Semoga kemeriahan aidilfitri ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat di Malaysia.