- JBS Sarawak
- Hits: 130
CALON ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK DARI BAHAGIAN MIRI DINILAI SECARA ATAS TALIAN
- JBS Sarawak
- Hits: 130
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 MAC 2025 –Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima lima pencalonan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) tahun 2025 peringkat negeri Sarawak dan telah selesai dinilai secara atas talian selama 3 hari bermula pada 11 Mac 2025.
Calon-calon yang hadir bagi sesi penilaian tersebut di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri ialah Encik Lim Wei Peng, Cik Rapunzel Anthony Jamuh, Encik Tan Chin Jie dan Cik Michelle Toh bagi kategori Individu lelaki dan wanita manakala Kelab Belia Perkasa Taman Marina yang diwakili oleh Cik Sopia Saging dan Cik Engelina Bungan bagi kategori pertubuhan. Calon-calon dinilai dari segi prestasi dan penyertaan dalam kebajikan, pendidikan, program kepimpinan dan sahsiah serta kemahiran berkomunikasi di peringkat komuniti, daerah, negeri mahupun antarabangsa sama ada secara individu mahupun persatuan sepanjang tahun 2024.
APBN yang mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia. Johan APBN Negeri Sarawak tahun ini akan mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara sekitar bulan Mei 2025. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon APBN 2025.