- JBS Sarawak
- Hits: 80
MAKLUMAT DANA SUKAN KOMUNITI DAN GERAN PADANAN SUKAN TURUT DIKONGSI BERSAMA AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN NGO
- JBS Sarawak
- Hits: 80
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 12 MAC 2025 –Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri telah membuat perkongsian maklumat Dana Sukan Komuniti dan Geran Padanan Sukan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia bersama ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta serta NGO yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kumpulan Pelancongan Bahagian Miri (DTTG) Bil. 1/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri, petang tadi.
Perkongsian tersebut dibuat agar maklumat dana dan geran sukan di bawah KBS sampai ke peringkat agensi kerajaan, swasta mahupun NGO yang bukan berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan(PJS) mahupun Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Sebelum taklimat diadakan, mesyuarat tersebut dimulakan bagi membincangkan perancangan dan inisiatif bagi memperkukuh sektor pelancongan di bahagian Miri.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Miri, Tuan Galong Luang memberi penekanan kepada usaha memperkasa industri pelancongan Miri melalui pelbagai acara dan program yang telah dirancang sepanjang tahun 2025. Antara acara utama yang bakal diadakan termasuk Miri Marathon 2025 pada 13 April, '12th Miri International Bike Week 2025' dari 29 Ogos hingga 1 September, 'Marudi Classic 2025' pada 27 April, 'Kuala Baram Cycling Race 4.0' pada 5 dan 6 Julai serta Miri Arts Festival 2.0 dari 6 hingga 10 Ogos. Semoga perkongsian maklumat ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada ahlijawatankuasa yang hadir ke mesyuarat tersebut.