- JBS Sarawak
- Hits: 97
KEJOHANAN XIANG QI 2025 : PENGLIBATAN GENERASI MUDA DALAM PERMAINAN TRADISIONAL CATUR CINA DI BARAM
- JBS Sarawak
- Hits: 97
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 10 MAC 2025 – Kelab Xiang Qi Baram telah melaksanakan program Kejohanan Xiang Qi Baram 2025 pada 7 Mac yang lalu. Bertempat di Dewan SJK Chung Hua Marudi, kejohanan tersebut mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan permainan tradisional catur Cina dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pelajar SMK Marudi, SMK Telang Usan, Riam Road Secondary School, SJK Chung Hua Marudi, SJK Sungai Jaong Marudi, dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang telah berentap di kejohanan tersebut.
Hadir ke sesi penyampaian hadiah ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Turut hadir ialah Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri selaku pegawai pemantau program di bawah Dana Sukan Komuniti KBS.