- JBS Sarawak
- Hits: 66
PBSB MIRI MENERIMA LIMA PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 7 MAC 2025 –Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima lima pencalonan untuk dinilai bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) tahun 2025 peringkat negeri Sarawak.
Encik Lim Wei Peng dari Kelab Belia Bestari Bandaraya Miri, Cik Rapunzel Anthony Jamuh dari Persatuan Belia Miri, Encik Tan Chin Jie dan Cik Michelle Toh dari Junior Chamber International (JCI) telah menghantar pencalonan bagi kategori individu lelaki dan wanita. Bagi kategori pertubuhan, Kelab Belia Perkasa Taman Marina yang diwakili oleh Cik Sopia Saging dan Cik Engelina Bungan juga telah menyerahkan borang pencalonan berserta profil pertubuhan.
APBN yang mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia. Calon APBN bagi tahun 2025 dinilai dari segi prestasi dan penyertaan dalam kebajikan, pendidikan, program kepimpinan dan sahsiah serta kemahiran berkomunikasi di peringkat komuniti, daerah, negeri mahupun antarabangsa sama ada secara individu mahupun persatuan sepanjang tahun 2024. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon APBN pada tahun ini.