- JBS Sarawak
- Hits: 61
KEJOHANAN XIANG QI DAERAH MIRI 2025 : PENGLIBATAN GENERASI MUDA DALAM PERMAINAN TRADISIONAL CATUR CINA
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 5 MAC 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford telah menghadiri Majlis Angkat Sumpah dan Anugerah JCI Miri Ke-63 yang bertemakan ‘Ignite with Unity’ yang diadakan di Hotel Imperial Palace pada 2 Mac yang lalu.
Tetamu kehormat majlis tersebut ialah YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Negeri Sarawak. Jamuan makan tengah hari yang diadakan itu turut menyaksikan penyampaian Senator JCI kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, YB Datuk Sebastian Ting serta anugerah pengiktirafan kepada ahli-ahli JCI Miri yang cemerlang. Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri YB Adam Yii dan Presiden Kebangsaan JCI Malaysia Encik Tan Wei Jian.
Semasa majlis tersebut, Menteri Pengangkutan YB Dato Sri Lee Kim Shin memuji pertubuhan Junior Chamber International (JCI) Miri kerana sentiasa berada di barisan hadapan dalam aktiviti yang memperkasakan belia, khidmat masyarakat dan rangkaian perniagaan. Beliau berharap agar JCI Miri terus berkembang maju, memberi inspirasi kepada perubahan dan memperkasakan pemimpin muda.
JCI Ten Outstanding Young Malaysian (TOYM) Award 2025 atau Anugerah Belia Cemerlang Malaysia juga akan dilaksanakan di Miri pada 20 September 2025 oleh JCI Miri. PBSB Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada JCI Miri.