- JBS Sarawak
- Hits: 45
PROGRAM BUBUR LAMBUK: 300 PEK DIEDAR UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 24 MAC 2025 – Kelab Belia Bestari Bandar Miri telah menganjurkan Program Bubur Lambuk pada 22 Mac 2025 (Sabtu) yang lalu di Pusat Aktiviti Warga Emas Miri (PAWE). Program ini dijayakan dengan kerjasama SUPP Pujut Youth, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, serta Pusat Aktiviti Warga Emas Miri.
Acara dimulakan dengan aktiviti gotong-royong seawal jam 9.00 pagi, di mana semua peserta terlibat dalam penyediaan bahan-bahan masakan sebelum meneruskan dengan proses memasak bubur lambuk. Sebanyak 300 pek bubur lambuk telah diagihkan di lokasi terpilih di sekitar bandar Miri.
Setelah selesai sesi pengagihan, majlis berbuka puasa diadakan bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat dalam program tersebut. Pihak pejabat mengucapkan terima kasih kepada pihak Kelab Belia Bestari Bandar Miri kerana sudi melibatkan kerjasama dengan pejabat dan tahniah kerana program berlangsung dengan jayanya.