- JBS Sarawak
- Hits: 131
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN TAHUN 2025M/1446H PERINGKAT BAHAGIAN MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 131
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 17 MAC 2025 – Pada 15 Mac 2025, Program Rakan Muda Ramadan Tahun 2025M/1446H peringkat Bahagian Miri telah berjaya dilaksanakan di Masjid At Taqwa Miri. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Belia Perkasa Taman Marina dan Masjid At Taqwa Miri selaku rakan strategik. Program ini melibatkan pertandingan dalam dua kategori utama, iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Acara utama dalam program ini adalah pertandingan Hafazan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Ibrahim Hermanto bin Jepon, Penolong PPD, Unit Pendidikan Islam, serta Encik Muhammad Noor Nashrullah Bin Ran, yang mewakili Pengerusi Masjid At Taqwa Miri.
Keputusan Pertandingan Hafazan:
KATEGORI PEREMPUAN
JOHAN: Nursyaafia Ezzatie Nu’maa Binti Johari
NAIB JOHAN: Fatin Fasha Binti Rathman
TEMPAT KETIGA: Dayang Nuráin Binti Awang Shamsul
KATEGORI LELAKI
JOHAN: Muhamad Izzi Bin Mukhali
NAIB JOHAN: Muhammad Azhari Bin Zainuddin
TEMPAT KETIGA: Amir Afif Akhtar Bin Areffin
PBSB Miri mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana memberikan yang terbaik dan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.
Dengan berakhirnya pertandingan ini, diharapkan lebih ramai belia di Bahagian Miri akan terus bersemangat untuk menyertai program-program Rakan Muda pada masa akan datang.
