- JBS Sarawak
- Hits: 96
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PIN TAHAP PERAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG
- JBS Sarawak
- Hits: 96
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 12 MAC 2025 – Majlis Penyampaian Sijil dan Pin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan Perdana, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada 11 Mac 2025 (Selasa).
Dalam majlis tersebut, Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian dan Cik Amy Noryanti binti Eni, Unit Pembangunan Rakan Muda telah dijemput hadir. Majlis ini disaksikan oleh pelajar tingkatan 6 Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, dengan tujuan untuk memupuk minat dan kesedaran di kalangan pelajar mengenai pentingnya penyertaan dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Sesi penyampaian sijil dan pin kepada para penerima anugerah telah dilakukan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian. Seramai 43 orang pelajar telah layak menerima anugerah pada majlis tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melengkapkan setiap komponen program dengan jayanya, walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Diharapkan agar anugerah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk turut menyertai dan mengikut jejak langkah para penerima anugerah dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBMiri
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI