- JBS Sarawak
- Hits: 86
PERBINCANGAN PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 86
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 7 Mac 2025 - Satu sesi perbincangan mengenai pelaksanaan Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025 telah diadakan semalam bersama dengan semua unit di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Perbincangan ini bertujuan menyelaras persiapan dan memastikan kelancaran program yang bakal berlangsung pada pertengahan tahun ini.
Program Kem Belia 2025 ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Kem ini bertujuan memberi bimbingan kepada golongan belia berisiko, khususnya yang berusia antara 13 hingga 16 tahun, dalam membina jati diri, meningkatkan kesedaran sosial, serta mengukuhkan nilai-nilai kepimpinan dan tanggungjawab terhadap komuniti.
Program ini bakal berlangsung selama tiga hari dua malam dengan penyertaan seramai 50 orang belia, dan pengisian yang melibatkan sesi motivasi, latihan kepimpinan, aktiviti lasak, serta ceramah kesedaran daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan NGO berkaitan.
Kem Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025 dijangka akan menjadi satu platform penting dalam membentuk generasi belia yang lebih berdaya saing, bertanggungjawab, serta mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara.