- JBS Sarawak
- Hits: 58
PERBINCANGAN RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 5 Mac 2025 - Satu perbincangan bagi program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kapit 2025/1446H bersama Encik Mohd. Mahathir Bin Abdul Drahman, wakil daripada HIKMAH Cawangan Kapit bersama Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan Encik Lanting Anak Mala, Pembantu Belia dan Sukan.
Agenda utama perbincangan ini adalah untuk merancang dan menyelaraskan aktiviti bagi Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan wanita berumur 13 hingga 18 tahun. Pihak HIKMAH dan JAIS Kapit bersetuju untuk melaksanakan pertandingan tersebut pada 12 Mac 2025 bertempat di Masjid Jabal An-Nur Kapit. Diantara pengisian aktiviti pada hari tersebut adalah pertandingan Hafazan, Tadarus al-Quran, Tazkirah, Majlis Berbuka Puasa, dan Solat Tarawikh secara berjemaah.
Program ini diharapkan dapat menarik minat golongan belia untuk memanfaatkan bulan Ramadan dengan lebih bermakna serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat serta sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.