- JBS Sarawak
- Hits: 96
PERBINCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 96
Disedikan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 24 Mac 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kelab Belia Pekan Kapit yang diketuai oleh Encik Diego Priestly Pasang bagi membincangkan pelaksanaan program pembangunan belia di bahagian Kapit pada tahun ini. Taklimat mengenai program-program pembangunan belia disampaikan oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, serta Encik Lanting Mala, pegawai Unit Pembangunan Belia. Dalam sesi tersebut, pelbagai inisiatif dan rancangan untuk tahun 2025 dibentangkan, termasuk program Majlis Perundingan Belia, Hari Belia Negara Peringkat Bahagian dan Kem Belia.
Encik Diego Priestly Pasang, selaku ketua Kelab Belia Pekan Kapit, menyatakan komitmen penuh kelabnya untuk bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan dalam melaksanakan program-program tersebut. Puan Olivia Kaminis pula menekankan pentingnya kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam memastikan kejayaan program pembangunan belia. "Kami berharap agar lebih banyak belia di Kapit akan terlibat secara aktif dalam program yang dirancang. Ini adalah peluang untuk mereka membina jaringan, mempelajari kemahiran baharu, dan menyumbang kepada pembangunan komuniti,” katanya.
Sesi perbincangan tersebut turut membincangkan cabaran dan halangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan program, serta langkah-langkah untuk mengatasinya. Encik Lanting Mala menegaskan bahawa pendekatan inklusif dan holistik perlu digunakan untuk memastikan semua lapisan belia di Kapit dapat mengambil bahagian.