- JBS Sarawak
- Hits: 67
SABERKAS BALEH ANJURKAN JERAYAWAYA BUBUR LAMBUK
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 20 Mac 2025 – Seramai 200 orang pengunjung di Lily Pond Kapit hari ini berpeluang menikmati kehangatan Bubur Lambuk hasil Program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Cawangan Baleh. Program yang diadakan sempena menyemarakkan bulan Ramadan ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.64 Baleh, YB Nicholas Kudi Jantai. Menurut pihak penganjur, program ini bertujuan mengukuhkan semangat kemasyarakatan dan berkongsi rezeki di bulan mulia.
Cik Uja Rama Nyangun, Pembantu Tadbir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit yang turut sama membantu pengagihan bubur menyifatkan program ini sebagai platform efektif untuk mendekati belia dan komuniti setempat. “Kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan seperti SABERKAS penting dalam memacu semangat kejiranan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti Kapit,” ujarnya.
Selain pengagihan Bubur Lambuk, program tersebut dimeriahkan dengan interaksi santai antara peserta, penganjur, dan pemimpin tempatan. SABERKAS Cawangan Baleh berharap usaha seumpama ini dapat diteruskan pada masa depan demi memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.