- JBS Sarawak
- Hits: 49
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENGHARGAAN - XIPHOS E-SPORT CLUB
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 15 MAC 2025 - Kelab Sukan Elektronik Xiphos telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa dan Penghargaan sempena Mesyuarat Agung Tahunan 2024 bertempat d MB Bistro, Bintulu.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Stephen Kong Kai Sing, mewakili Dato Sri Tiong King Sing, Puan Angellie Stephen Raja, Setiausaha Politik Premier, serta Encik Kigen anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Kelab E-Sport Xiphos turut mengambil kesempatan untuk melancarkan penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Bintulu yang mana terdiri daripada kelab-kelab e-sukan yang telah berdaftar di Bahagian Bintulu.
Pihak Pejabat mengucapkan terima kasih kepada Kelab Sukan e-Sport Xiphos atas jemputan majlis serta tahniah atas pelancaran persatuan sukan elektronik yang baharu. Diharap kelab-kelab serta persatuan akan terus sukses dalam membangun sukan dalam kalangan masyarakat.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama