- JBS Sarawak
- Hits: 69
INSTITUSI TAHFIS BINTULU UNGGULI PERTANDINGAN HAFAZAN BINTULU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 15 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah melaksanakan Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadhan Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2025 dengan kerjasama Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu bertempat di Masjid Darul Hidayah, Bintulu.
Program ini mempertandingkan 2 aktiviti iaitu Pertandingan Hafazan Kategori Lelaki dan Wanita serta Pertandingan Azan dan Iqamah. Pertandingan Hafazan telah diungguli oleh pelajar daripada Institut Tahfiz Bintulu bagi kedua-dua kategori. Pertandingan Hafazan Kategori Lelaki disandang oleh adik Muhammad Nasrat Anas Madzalan Bin Abd Rahman manakala Kategori Wanita disandang oleh adik Qurratu 'Aeini Binti Fairuz Ratino. Bagi Pertandingan Azan dan Iqamah pula telah dimenangi oleh adik Abg Hakimi Syarizal Bin Abg Jasmani. Pemenang bagi Pertandingan Hafazan telah melayakkan diri mewakili Bahagian Bintulu untuk bertanding dalam Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Mac 2025 bertempat di Surau Kompleks Islam Majma’.
Pihak Pejabat mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang dan selamat berjaya kepada adik-adik yang akan mewakili Bahagian Bintulu ke peringkat negeri pada minggu hadapan. Turut berterima kasih kepada barisan juri daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu, Organisasi Pengurusan Masjid Darul Hidayah yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini serta Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu atas kejayaan melaksanakan program Rakan Muda Ramadhan pada tahun ini.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama