
- JBS Sarawak
- Hits: 69
MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN JBSN SARAWAK FOKUS PERANCANGAN PROGRAM SUKAN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 6 Mac 2025 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Pembangunan Sukan bertempat di Bilik Mesyuarat Sejinjang, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan dan pelaksanaan program sukan bagi tahun 2025 yang melibatkan empat cawangan utama iaitu Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Cawangan Kecergasan Nasional, serta Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU).
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pengukuhan program penggalakan sukan di peringkat komuniti, penganjuran aktiviti rekreasi yang lebih inklusif, serta inisiatif memperluas program kecergasan nasional untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat Sarawak. Selain itu, perhatian turut diberikan kepada penyertaan OKU dalam sukan dengan memperbanyakkan program yang bersesuaian dan mesra OKU.
Puan Fatimah berharap agar setiap cawangan dapat melaksanakan perancangan dengan efektif bagi memastikan program sukan Sarawak terus berkembang maju serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Mesyuarat diakhiri dengan sesi perbincangan lanjut bagi memantapkan pelaksanaan program sepanjang tahun ini.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama