
- JBS Sarawak
- Hits: 109
CABARAN PENURUNAN BERAT BADAN JBSN SARAWAK 2025 BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN
- JBS Sarawak
- Hits: 109
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 3 Mac 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah berjaya menganjurkan JBSN Sarawak Weight Loss Challenge 2025 yang berlangsung selama sebulan bermula 3 Februari hingga 3 Mac 2025, dengan penyertaan seramai 35 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan.
Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja melalui amalan pemakanan seimbang serta aktiviti fizikal secara konsisten. Sepanjang tempoh cabaran, peserta diberi bimbingan asas berkaitan diet sihat, rutin senaman, dan tips pengurusan berat badan melalui pelbagai sesi perkongsian ilmu.
Hasil usaha gigih semua peserta, cabaran ini berjaya mencatatkan jumlah penurunan berat badan keseluruhan sebanyak 41.85 kilogram.
Tempat pertama dimenangi oleh Puan Joyce Anyie (Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching) dengan penurunan sebanyak 7.4 kilogram, diikuti Julian Chong(Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak) di tempat kedua dengan 5.85 kilogram, manakala tempat ketiga disandang Awangku Adi Azwan (Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak) yang berjaya menurunkan 3.6 kilogram.
Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen tinggi sepanjang program. Beliau turut berharap agar usaha menjaga kesihatan tidak terhenti setakat cabaran ini sahaja, sebaliknya diteruskan sebagai budaya hidup sihat dalam kalangan warga jabatan.
Program seperti ini dijangka diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai platform memupuk kesedaran dan semangat kerjasama melalui aktiviti sihat. JBSN Sarawak komited untuk terus menyokong inisiatif kesejahteraan kakitangan demi produktiviti kerja yang lebih baik.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI