KOTA SAMARAHAN, 11 JANUARI 2020 – Program Jelajah Belia Bahagian Samarahan 2020 dengan tema ‘Belia Cergas Pemangkin Pembangunan Negara’ telah diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan bersempena dengan Program Sarawakku Sayang 2020.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak telah berjaya mengumpul para belia berkampung di Dewan Suarah Kota Samarahan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang antaranya termasuk Mini Stall Jualan, Sesi Ice Breaking Bersama Ikon Belia, Senam Ceria Kenyalang dan lain-lain lagi.
Manakala Sesi Sembang Belia bertajuk #Belia…Apa Kata Kitak telah menampilkan beberapa panel khas antaranya YB Hajah Rubiah binti Haji Wang Ahli Parlimen Kota Samarahan, Y.Bhs Tuan Haji Brahim bin Lumpu, Residen Bahagian Samarahan serta Y.Bhs Puan Nancy Hj. Jolhi, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak.
Turut hadir dalam program tersebut adalah pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
- JBS Sarawak
- Hits: 778
