KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 NEGERI MELAKA 2026

ALOR GAJAH, 19 September 2026 – Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Negeri Melaka 2026 sedang berlangsung hari ini, melibatkan peserta dalam sesi pembelajaran dan latihan berkaitan asas kejurulatihan rekreasi luar.

Hari pertama kursus turut diserikan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Dimulakan dengan slot ice breaking dan pengenalan rekreasi luar. Sesi berkenaan bertujuan membina keserasian dalam kalangan peserta selain memberikan pendedahan awal berkaitan konsep, asas dan skop rekreasi luar.

Kursus ini menjadi platform dalam membentuk penggiat sukan rekreasi luar yang berilmu disamping mewujudkan jaringan komuniti rekreasi di kalangan peserta, jurulatih dan penganjur.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search