PROGRAM Y-HUB MELAKA 2026 (PENDIDIKAN - TUISYEN SPM) SAMBUTAN HANGAT

MELAKA, 17 September 2026 - Program Y-Hub Melaka 2026 diteruskan dengan pengisian pendidikan dan pembelajaran (Tuisyen SPM) bagi membantu persediaan golongan belia Melaka untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program diadakan melalui 3 sesi penganjuran bagi mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris telah mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta untuk memantapkan persediaan menuju ke arah peperiksaan SPM. Dengan kolaborasi bersama Gerakan Belia 4B (M) Solok Tangga Batu secara tidak langsung dapat terus mempromosikan kepada golongan belia terhadap program-program yang dianjurkan melalui Y-Hub Melaka yang berlokasi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Sepanjang tiga (3) sesi program ini berlangsung ianya juga telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkepakaran dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan memberi fokus terhadap kaedah/ cara bagi menjawab soalan peperiksaan SPM yang bakal dihadapi oleh para peserta. Penutup sesi telah dihadiri oleh En. Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search