- JBS Melaka
- Hits: 23
KEJOHANAN TARIAN SINGA TRADISIONAL TERBUKA MALAYSIA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 23
AYER KEROH, 16 September 2026 - Kejohanan Tarian Singa Tradisional Terbuka Malaysia 2026 anjuran Persatuan Tarian Singa dan Naga Wei Wei berlangsung meriah di Melaka Mall. Sebanyak 20 pasukan mewakili negeri masing-masing bertanding untuk merebut kejuaraan bagi pertandingan ini.
Kejohanan ini merupakan salah satu Program di bawah Kelulusan Geran Padanan Sukan (GPS) Jendela 4 bagi Negeri Melaka. Majlis Penyerahan Cek Cura Geran Padanan Sukan (GPS) telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khairol Bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Tahniah diucapkan di atas inisiatif penganjuran kejohanan ini dan semoga sokongan KBS melalui GPS terus membantu memperkasakan sektor sukan dan rekreasi negara.
