KBS PANTAU PERKEMBANGAN PROJEK TERNAKAN KELULUT AGROBELIA LESTARI DI JASIN

JASIN, 15 September 2026 — Projek Ternakan Kelulut Agrobelia Lestari yang diusahakan oleh Encik Mohd Tajudin daripada Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin hari ini menerima lawatan pemantauan tapak rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Shahril bin Shafiee daripada Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia KBS. Turut hadir bagi memberikan sokongan dan pemantauan di peringkat tempatan ialah Encik Mohd Hazriq Bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.

Inisiatif lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat perkembangan projek agropreneur muda berasaskan madu kelulut serta mengenal pasti potensi perluasan pasaran produk tersebut. Kehadiran wakil KBS ini membuktikan komitmen berterusan pihak kementerian dalam memperkasa ekonomi golongan belia menerusi sektor pertanian moden dan lestari.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search