- JBS Melaka
- Hits: 27
PERTANDINGAN MUAYTHAI MERIAHKAN KARNIVAL ANAK MUDA NEGERI MELAKA 2026!
- JBS Melaka
- Hits: 27
AYER KEROH, 5 September 2026 – Sebanyak 67 bout perlawanan telah berlangsung dengan penuh aksi dalam Pertandingan Muaythai Sempena Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang diadakan di Hall C, MITC, Ayer Keroh.
Pertandingan menyaksikan penyertaan seramai 130 atlet berusia 7 hingga 45 tahun, membuktikan sukan Muaythai terus mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan usia serta menjadi platform menguji ketangkasan, kekuatan, disiplin dan semangat juang para atlet.
Turut hadir menyaksikan perlawanan Kategori Pro 65KG, YAB Datuk Seri Utama AB Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama barisan Exco dan SUK Negeri Melaka.
YAB Ketua Menteri Melaka turut menyempurnakan penyampaian Tali Pinggang Kejuaraan Kategori Pro 65KG kepada juara, sekali gus menyerlahkan sokongan berterusan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sukan dan bakat anak muda Melaka.
Tahniah kepada semua pemenang! Teruskan berjuang dan mencipta kejayaan!
