- JBS Melaka
- Hits: 77
ARMY WARRIOR CHALLENGE UJI KETANGKASAN DAN DAN DAYA TAHAN FIZIKAL ANAK MUDA MELAKA!
- JBS Melaka
- Hits: 77
AYER KEROH, 5 September 2026 – Seramai 200 peserta terdiri daripada 120 lelaki dan 80 wanita tampil menyahut cabaran dalam Army Warrior Challenge Sempena Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di Hall C, MITC Ayer Keroh.
Berbekalkan semangat juang, ketahanan fizikal dan keberanian, para peserta menguji kemampuan diri dalam cabaran penuh aksi dan mencabar.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Sha’ari bin Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka, diiringi Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang.
