MENTERI KBS SANTUNI BELIA MELAKA DALAM AKSI PERSAHABATAN BOLA TAMPAR 4 PENJURU 2026

AYER KEROH, 15 Ogos 2026 – Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, telah meluangkan masa menyantuni komuniti belia menerusi Persahabatan Bola Tampar 4 Penjuru Belia Melaka 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Pertandingan persahabatan ini melibatkan empat pasukan daripada:

1) Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka
2) Gerakan Belia 4B Tangga Batu
3) Kelab Sukan Rekreasi Sempoi
4) Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Universiti Geomatika Melaka

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, kerja berpasukan dan persaingan sihat, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara pertubuhan belia, institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari turut memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan, sekali gus menyuntik semangat kepada golongan belia untuk terus aktif dalam kegiatan sukan dan pembangunan komuniti.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka, Datuk Khadirah Abu Zahar, dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi belia yang aktif, sihat, berdaya saing dan memiliki semangat kebersamaan yang tinggi.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search