SUNTIKAN SEMANGAT TEAM E-SPORTS SUKMA MELAKA 2026

AYER KEROH, 14 Ogos 2026 – Majlis Ramah Mesra Jabatan Angkat bersama Pasukan E-Sports SUKMA Melaka 2026 berlangsung meriah sebagai platform suai kenal serta menyuntik semangat kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan dan atlet yang bakal menggalas cabaran negeri Melaka ke SUKMA Selangor 2026.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Hafidz bin Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah, selaku wakil Jabatan Angkat Pasukan E-Sports SUKMA Melaka bersama YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Idris, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka.

Sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada pasukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut menyampaikan sumbangan melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) kepada Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka bagi membantu persiapan menghadapi kejohanan.

Pasukan E-Sports SUKMA Negeri Melaka dibarisi 29 anggota YANG terdiri daripada seorang pengurus pasukan, enam jurulatih dan 22 atlet. Mereka akan berentap dalam acara E-Sports SUKMA Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 23 Ogos 2026 di MPAJ Convention Centre, Ampang.

Seluruh warga Melaka mendoakan agar pasukan E-Sports SUKMA Negeri Melaka terus bersemangat, mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA Selangor 2026.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search