- JBS Melaka
- Hits: 5
KLINIK BOLA JARING : CUNGKIL BAKAT AKAR UMBI
- JBS Melaka
- Hits: 5
KOMBES MELAKA, 14 Ogos 2026- Seramai 80 ahli Synergy Netball Club telah hadir menjalani latihan mingguan setiap hari jumaat bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pengasas Synergy Netball Club, Puan Diana berkata objektif utama klinik bola jaring adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang teknik asas sukan ini, memantapkan kemahiran taktikal, serta memupuk disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Klinik bola jaring ini terbukti bukan sekadar platform rekreasi, malah menjadi batu lonjakan penting dalam membentuk generasi baharu atlet yang berilmu, berkemahiran tinggi, dan berdisiplin.
Terdahulu, pada hari ini semua ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak untuk bersukan. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Hafidz bin Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah. Turut hadir, YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
