KURSUS PENSIJILAN ORIENTEERING 0.1 ZON SELATAN TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAINYA

LENDU, 14 Ogos 2026 – Kursus Pensijilan Orienteering 0.1 Zon Selatan Tahun 2026 melabuhkan tirainya denga pelbagai aktiviti yang disusun bagi memastikan para peserta memperoleh pengalaman serta pengetahuan yang bermanfaat sepanjang program.

Para peserta mengikuti Persiapan Mini Pertandingan Sukan Orienteering melibatkan taklimat pertandingan dan rumusan sebagai persediaan kepada para peserta untuk memahami pelaksanaan pertandingan serta membuat penilaian terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Nizam Dawood, Penghulu Tertinggi DUN LENDU dan turut dihadir oleh Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta (Encik Shaiful Nizam Abd Karim, Presiden Persatuan Sukan Orienteering Negeri Melaka.

Penganjuran program ini diharap dapat memberikan manfaat dan impak yang positif serta pengalaman bermakna dalam kalangan peserta dan dapat diteruskan serta diperkasakan pada masa akan datang demi melahirkan individu yang lebih berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search