MESYUARAT PENGURUSAN PEGAWAI & KAKITANGAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JASIN BIL. 2/2026

JASIN, 13 Ogos 2026 – Mesyuarat Pengurusan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin Bilangan 2 Tahun 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan perkembangan semasa pengurusan pejabat, pelaksanaan program belia dan sukan di peringkat daerah serta perkara-perkara berkaitan penyelarasan tugasan dan perancangan aktiviti yang akan datang.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap aspek penyampaian perkhidmatan yang berkesan, kerjasama berpasukan serta komitmen seluruh warga kerja dalam memastikan setiap perancangan dan program yang dilaksanakan dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang konstruktif dengan penglibatan aktif pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search