- JBS Melaka
- Hits: 17
PRA PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 17
AYER KEROH, 11 Ogos 2026 – Majlis Pra Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung hari ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk HSN Melaka 2026 yang dipengerusikan oleh YB EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka.
Majlis diteruskan dengan gimik pra pelancaran yang disempurnakan oleh YB EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Gimik penyerahan bendera HSN kepada wakil daerah dan agensi turut diadakan sebagai simbolik penyerahan mandat pelaksanaan HSN Melaka 2026, melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin, Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2026.
