HARI PERTAMA KURSUS PENSIJILAN ORIENTEERING 0.1 ZON SELATAN 2026

LENDU, 12 Ogos 2026 — Kursus Pensijilan Orienteering 0.1 Zon Selatan Tahun 2026 secara rasmi bermula hari ini di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dengan kerjasama Persatuan Sukan Orienteering Negeri Melaka.

Program hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan mengikuti sesi taklimat program serta suai kenal bagi memberi penerangan berkaitan perjalanan kursus dan membina hubungan sesama peserta yang hadir dari pelbagai negeri.

Peserta turut menjalani sesi teori pertama yang memberi pendedahan kepada pengenalan dan sejarah orienteering, disiplin serta format pertandingan. Sesi ini menjadi asas penting kepada peserta sebelum mereka mengikuti latihan praktikal dan ujian pada hari-hari berikutnya. Program diteruskan dengan pendedahan Peralatan Sukan Orienteering, Prosedur dan Pengenalan Sistem Peranti Masa.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search