PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026

MELAKA TENGAH, 11 OGOS 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah menganjurkan Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Melaka Tengah 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah dan menjadi platform perundingan bagi mendapatkan pandangan, usul serta cadangan daripada golongan belia dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan belia di daerah Melaka Tengah.

Dalam sesi perundingan, para belia diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan dan membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kepentingan serta pembangunan golongan belia. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan turut menjadi input penting dalam membantu kerajaan merangka pendekatan dan program pembangunan belia yang lebih berkesan serta bersesuaian dengan keperluan semasa.

Majlis ini juga turut di hadiri YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search