- JBS Melaka
- Hits: 21
KUNJUNGAN HORMAT JBS NEGERI MELAKA KE MPHTJ
- JBS Melaka
- Hits: 21
AYER KEROH, 10 Ogos 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada hari ini bagi membincangkan persiapan dan kerjasama dalam pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan.
Kunjungan ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin bagi membincangkan aspek kerjasama, penyelarasan serta sokongan pihak MPHTJ dalam memastikan pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan berjalan lancar dan memberi impak positif kepada golongan belia.
JBS Negeri Melaka merakamkan penghargaan kepada pihak MPHTJ atas kesudian menerima kunjungan serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan agenda pembangunan belia di Negeri Melaka.
