- JBS Melaka
- Hits: 47
PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 MERIAH
- JBS Melaka
- Hits: 47
BANDA HILIR, 9 Ogos 2026 – Suasana di West Concourse, Dataran Pahlawan Megamall, Melaka hari ini meriah dengan penuh semangat sempena Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Melaka 2026. Pertandingan kali ini telah menghimpunkan sebanyak 16 pasukan dari sekolah-sekolah sekitar negeri Melaka. Dengan gerakan yang bertenaga, kreativiti koreografi serta semangat berpasukan yang tinggi, para peserta berjaya mencuri perhatian dan menghidupkan pentas pertandingan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Kiew Sieng Eik, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Turut hadir bersama YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Nik Muhammad Asraff bin Nik Mod Kamal, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kecergasan Jabatan Belia dan Sukan Negara dan YBhg. Dr. Haji Mardian Shah Omar, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA).
KEPUTUSAN PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
1) Johan – The Rising Stars
SK Jasin
2) Naib Johan – C-Robik Armada
SK Chinchin
3) Tempat Ketiga – Aero Sparks
SK Batu Berendam 2
4) Tempat Keempat – Super Nova
SK Kesang Tua
Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, sihat dan cemerlang dalam sukan. Tahniah semua! Teruskan melangkah, teruskan bertenaga!
