- JBS Melaka
- Hits: 12
PROGRAM RAKAN PRIHATIN KHIDMAT KOMUNITI BELIA PERKASA SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA DAERAH JASIN
- JBS Melaka
- Hits: 12
MERLIMAU, 9 Ogos 2026 – Program Rakan Prihatin Khidmat Komuniti Belia Peringkat Daerah Jasin 2026 telah berlangsung dengan jayanya menerusi penganjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Jasin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Program ini merupakan salah satu platform untuk menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kesukarelawanan serta khidmat komuniti, di samping memupuk nilai keprihatinan, tanggungjawab sosial dan semangat bekerjasama dalam kalangan generasi muda.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, yang menyokong usaha memperkasakan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan serta menyemarakkan budaya kesukarelawanan di peringkat akar umbi.
Program ini turut mendapat sambutan daripada para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar SMK Tun Syed Zahiruddin, SMK Dato’ Sek. Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau serta ahli Kelab Rakan Muda Merlimau.
Penglibatan para sukarelawan muda dalam aktiviti khidmat komuniti bukan sahaja memberikan manfaat kepada masyarakat setempat, malah menjadi medan pembelajaran secara langsung kepada belia untuk membina kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan aktiviti.
Inisiatif sebegini juga selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi belia yang bukan sahaja aktif dalam pembangunan diri, tetapi turut mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan persekitaran di sekeliling mereka.
Program Rakan Prihatin Khidmat Komuniti Belia diharapkan dapat diteruskan secara berterusan dengan penglibatan lebih ramai golongan belia serta pertubuhan belia, sekolah dan komuniti setempat.
Belia Prihatin, Komuniti Sejahtera!
