- JBS Melaka
- Hits: 22
SAMBUTAN HARI PENDUDUK SEDUNIA 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA SANTUNI GOLONGAN GEN Z
- JBS Melaka
- Hits: 22
KOMBES, 8 Ogos 2026- Telah berlangsung Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 Peringkat Negeri Melaka bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 yang bertemakan “Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda : Hari Ini dan Masa Hadapan” dianjurkan oleh LPPKN Negeri Melaka bagi mengiktiraf peranan penting golongan muda sebagai penggerak utama pembentukan masa depan keluarga, komuniti, dan negara.
Objektif utama penganjuran program ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan isu kependudukan global dan nasional, memperkukuh suara serta aspirasi golongan muda dalam agenda pembangunan penduduk.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi terlibat diatas kerjasama strategik dan pemilihan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai lokasi sambutan. JBSN Melaka sentiasa menyokong program pembangunan belia seterusnya sentiasa memastikan fasiliti dan kemudahan berada pada tahap terbaik untuk kegunaan semua.
