PROGRAM KURSUS KECERGASAN PERKASA BUDAYA HIDUP SIHAT WARGA KERJA

KOMBES, 7 OGOS 2026 - Telah berlangsung Program Kursus Kecergasan Politeknik Melaka 2026 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Objektif utama Program Kursus Kecergasan adalah untuk mendedahkan peserta kepada konsep asas penjagaan kesihatan, meningkatkan tahap kecergasan fizikal, serta memupuk gaya hidup aktif bagi melahirkan individu yang sihat, cergas, dan produktif. Peserta juga diberi taklimat tentang penggunaan peralatan gimnasium dengan betul dan selamat oleh Encik Mohd Amir Kushairi bin Mohd Nordin dari Fitness For You.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Affendi bin Bahaudin, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan Politeknik Melaka. Hadir sama, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Muzaizi bin Mohammad.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search