11 PEGAWAI JBSN MELAKA SERTAI PENGHASILAN PERABOT SISA KAYU

PAYA RUMPUT, 7 Ogos 2026 – Seramai 11 orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSN Melaka) terlibat sebagai sukarelawan dalam Penghasilan Perabot daripada Sisa Kayu ke Arah Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sempena Sambutan Hari Landskap Negara 2026 pada 6 dan 7 Ogos 2026 di Stadium Hang Jebat.

Sepanjang dua hari, para sukarelawan membantu aktiviti menggosok dan mengemaskan permukaan kayu yang telah siap dipasang, sekali gus menyokong usaha kelestarian alam sekitar melalui konsep guna semula sisa kayu.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran turut hadir ke Majlis Penutup program sebagai tanda sokongan terhadap penglibatan warga JBSN Melaka dalam aktiviti kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search