JBSN MELAKA PERKUKUH KEPAKARAN PENGUJI UKJK DI PERINGKAT KEBANGSAAN

CHERAS, 7 Ogos 2026 – Kursus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Tahap 2 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur bermula 4 hingga 7 Ogos 2026.

Seramai 23 peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-ketua Penguji UKJK telah menyertai kursus ini. Negeri Melaka telah diwakili oleh dua orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka iaitu En. Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Belia), dan En. Muhammad Faizzudin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.

Kursus ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi para penguji dalam pelaksanaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) agar penilaian dapat dijalankan secara profesional, seragam dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Dharzuky bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta serta berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan pelaksanaan UKJK di peringkat negeri masing-masing.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 09:48:58

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search